Saturday, 27 August 2011

RAWATAN BAGI PENAGIH OPIAT


Penagih opiat dirawat dengan pelbagai cara.Di antara rawatan ditoksifikasi ialah rawatan Cold Turkey di mana tiada ubat/dadah digunakan danpenagih terpaksa mengalami sindrom gejala tarikan.Di negara lain rawatan menggunakan dadah gantian seperti metadon diamalkan.Rawatanmenggunakan akupuntur juga telah dicuba dan didapati berhasil apabila penagih mempunyai motivasi kuat untuk pulih dan pihak yang merawat mempunyai kepakaran dan dedikasi.Rawatan tradisional tidak dapat dinilai keberkesanannya kerana maklumat mengenai prosedur rawatan sukar diperoleh atau tidak didokumentasikan.
Rawatan Cold Turkey
Rawatan Cold Turkey ialah sejenis rawatan membersihkan dadah daripada tubuh badan penagih tanpa menggunakan sebarang dadah gantian atau ubat.Dengan cara ini,penagih ditahan daripada menggunakan dadah dan terpaksa mengalami gejala tarikan.Kesakitan atau kehebatan gejala tarikan ini bergantung kepada tahap ketagihan sebelum rawatan.Walau bagaimanapun,langkah-langkah tertentu diambil untuk menentukan bahawa kesihatan dan nyawa penagih tidak terancam kerana rawatan ini.Penagih terpaksa menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu untukmenentukan ia tidak menghidap penyakit tertentu dan tidak ketagih kepada barbiturat.Rawatan Cold Turkey dijalankan di negara ini bertujuan untukmenyedarkan para penagih betapa pahit,sengsara dan seriknya hidup apabila ketagih.Dengan keinsafan ini,adalah diharapkan bahawa mereka tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu.
Rawatan Menggunakan Dadah Gantian
Metadon,sejenis bahan kimia dalam kumpulan dadah opiat sintetik merupakan salah satu dadah gantian yang digunakan sebagai rawatanditoksifikasi secara saraan(maintenance).Ia mempunyai kesan yang serupa dengan heroin /morfin untuk mencegah daripada berlakunya gejala tarikan kerana ketiadaan heroin,serta memenuhi keinginan fizikal seseorang penagih dadah untuk mengambil heroin.Walau bagaimanapun,metadon mempunyai kesan jangkamasa bertindak yang lebih lama daripada heroin(24 jam) apabila ditelan/diminum.
Untuk tujuan ditoksifikasi,metadon akan diberi dengan dos yang berkurangan sehingga penagih itu bebas daripada dadah .Akan tetapi rawatanditoksifikasi menggunakan metadon adalah rumit kerana metadon sendiri menyebabkan pergantungan dan meniggalkan kesan tarikan walaupun tidak seteruk heroin.
Untuk rawatan saraan,penagih dirawat sebagai pesakit luar dan diberi minum satu dos metadon sehari.Dos metadon yang besar perlu diberi untukmenghilangkan rasa gian heroin dan ini boleh menyebabkan rasa mengantuk. Penagih juga perlu datang ke klinik setiap hari untuk mendapatkan dos metadon. Ini membebankan dan meraka tidak dapat menjalankan tugas harian dengan licin. Metadon juga telah dijual dan diedar secara haram,di mana ia telah mewujudkan penagih-penagih metadon yang tidak pernah menggunakan heroin.
Rawatan seperti ini terdapat di beberapa negara seperti Hong Kong dan United Kingdom dan pernah dijalankan di Malaysia sehingga tahun 1977.Rawatan secara memberi dadah gantian ini telah dihentikan kerana metadon merupakan sejenis dadah yang boleh menyebabkan pergantungan dan boleh disalahgunakan.Penagih heroin yang tidak mendapatkan kepuasan daripada metadon akan kembali kepada tabiat asalnya dan memberi bekalan metadonnya kepada mereka yang tidak pernah menagih.Penggunaan metadon sebagai dadah gantian untuk heroin juga tidak sejajar dengan dasar hidup bebas daripada dadah.
Rawatan Menggunakan Opioid Antagomists
Opioid antagonists contohnya naltrxone dan neloxone,adalah bahan-bahan yang mempunyai struktur kimia yang menyerupai morfin tetapi tidak mengakibatkan kesan-kesan yang menagihkan seperti morfindan heroin.Malh jika digunakan dengan sendiri ia tidak mempunyai apa-apa kesanyang ketara.
Jika digunakan bersama-sama morfin atau heroin,naltrexone mempunyai kesan-kesan seperti berikuti:-
     I )jika heroin digunakan dahulu diikuti dengan naltrexone,kesan-kesan withdrawal
         akan timbul.
     II)Jika naltrexone digunakan sebelum menagih heroin,heroin yang diambil tidak
         menimbulkan apa-apa kesan negatif.
Naltrexone berguna untuk mencegah penagihan semula kerana heroin yang diambil tidak menimbulkan apa-apa kesan.Akan tetapipenagih-penagih yang dirawat menggunakan naltrexone perlulah mereka yang terdiri daripada motivasi yang kuat untuk sembuh kerana mereka masih perlu menggunakan naltrexone walaupun kesan-kesan subjektif tidak dapat dirasakan.Penggunaan naltrexone di Malaysia masih dalam peringkat ujian dan satu kajian sedang dijalankan di seluruh negara sekarang.Adalah didapati bahawa sokongan dalam bentuk kaunseling atau lain-lain adalah perlu untuk menjayakan rawatan menggunakan naltrexone.

Thursday, 25 August 2011

KISAH SEORANG PENAGIH DADAH


Pada penghujung tahun 1993, aku telah berhijrah ke kota metropolitan Kuala Lumpur dengan azam melanjutkan proses pembelajaran justeru berusaha mendapatkan sergulung ijazah di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia.



Memang telah menjadi harapan dan cita-cita setiap ibu bapa mahu melihat anaknya berjaya lalu mengubah nasib keluarga ke taraf yang boleh dibanggakan. Keluargaku juga mempunyai aspirasi yang sama.



Setelah melalui alam kampus, pergaulan di antara teman-teman seperjuangan dirasakan amat bernilai dalam menempuhi alam kedewasaan. Rakan-rakan yang berasal dari setiap pelosok tanahair memainkan peranan yang penting dalam menilai erti dan etika persahabatan yang sebenar.



Langkah murni dalam menimba ilmu pengetahuanku terhenti apabila berkenalan dengan beberapa  rakan sealiran yang nampaknya kurang berminat dalam pembelajaran. Kami lebih gemar membuang masa dengan melepak dan berbual-bual kosong.



Perkenalanku dengan dunia penagihan dadah bermula pada suatu malam ketika kami berkumpul untuk sesi omongan kosong. Salah seorang sahabatku telah membuat segulung rokok daun untuk dihisap beramai-ramai. Aku pada usia ketika itu sememangnya jahil tentang jenis-jenis dadah dan pada malam tersebut aku telah mula diperkenalkan kepada dunia penagihan.



Ganja merupakan jenis dadah yang pertama aku cuba. Aku merasa seronok dengan gaya dan cara hidup ini dan seolah-olahnya hidup di dunia ini tiada masalah. Aku alpa bahawa usia mudaku disia-siakan dan sebenarnya menuju ke arah kehancuran masa hadapan.



Kemudian aku diperkenalkan kepada musuh nombor satu Malaysia, heroin. Kali pertama aku mencubanya, aku muntah dan merasa mual. Aku dapat rasakan yang sistem tubuh badanku mulai goyah. Faktor pemikiran, tingkah laku dan fizikalku mula berubah terhadap dadah heroin yang semakin hari semakin banyak kuantitinya ku ambil.



Pada ketika itulah aku mula faham akan maksud gian. Seluruh badan dan sendi-sendiku merasa sakit. Mata dan hidung berair sekiranya aku tidak mendapat bekalan dadah yang secukupnya. Proses pembelajaranku terbengkalai di pertengahan jalan dan kesudahannya aku disingkirkan.



Dengan itu bermulalah sebuah drama dan status seorang insan bergelar penagih dadah. Aku pun merempat dari satu tempat ke satu tempat. Membuat pelbagai jenis kerja termasuklah mencuri hanya untuk menampung kos menghisap dadahseharianku. Setiap kali aku melangkahkan kaki di atas muka bumi ini, dapatku rasakan bahawa bumi tidak menerima manusia yang sedemikian rupa sifatnya.



Aku mula tertanya-tanya dimanakah silapnya selama ini sehinggakan aku terjebak ke dalam lembah kehinaan. Saban hari, saban minggu, saban bulan dan saban tahun silih berganti dan aku masih tidak berubah. Aku mula melarikan diri dari bertemu dengan sahabat-handai, saudara mara dan kaum keluargaku kerana aku malu dengan keadaan diriku yang kurus kering, wajah berkusut masai, serta berpakaian compang camping.



Sewaktu senjakala aku sedar bahawa hidup ini memanglah pencarian diri yang kompleks, yang tersingkap oleh rentetan-rentetan kegawatan, kasih sayang, kemanusiaan serta ketuhanan. Sekali terjatuh dalam lembah kehinaan ini, tidak mungkin untuk bangun semula. Tiada siapa yang boleh membantuku melainkan diriku sendiri. Ini adalah suatu realiti yang mana setiap insan menagih tahu mengenainya. Aku kehilangan arah, tumpuan hidup dan gagal berperang dengan suasana.



Akhirnya aku mendapati bahawa untuk pulih, aku perlukan satu impian yang realistik untuk dijadikan umpan hidup suci daridadah.



Dan aku masih mencari-cari akan impian itu yang suatu masa dahulu pernah kukendung dengan baik, cermat dan rapat kedadaku.               

Saturday, 2 July 2011

KESAN DADAH KEPADA MENTAL DAN EMOSI

          Kesan dan pengaruh dadah pada otak dan minda ialah kesan psikologi. Ini termasuk rasa seronok dan khayal, pada masa yang sama seseorang itu akan hilang kawalan diri dan pemikiran. Sekiranya bekalan dadah tidak diperolehi, mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat derita. Matanya akan berair, hidung beringus, perut berasa sakit dan perit, kadang kala mampu menyebabkan muntah dan cirit-birit.

KESAN DADAH KEPADA FIZIKAL

1. Kadar pernafasan menjadi lebih pendek dan perlahan.
2. Kadar degupan jantung berkurangan.
3. Tubuh menggigil akibat penurunan kadar metabolisma.
4. Mata menjadi merah.
5. Berat badan terjejas.

CIRI-CIRI INDIVIDU YANG KETAGIHAN DADAH

1. Kemerosotan kehadiran ke sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.
2. Kemerosotan rupa paras dan kebersihan diri.
3. Selalu mengunjungi tempat yang terpencil.
4. Suka meminjam wang daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang.
5. Hilang selera makan dan kurang berat badan.

SEBAB-SEBAB PENGAMBILAN DADAH

ANTARA SEBAB PENGAMBILAN DADAH :

1. Mampu menyumbang kepada keseronokan kepada si pengguna.
2. Perasaan ingin tahu yang mendalam tentang dadah dalam diri seseorang.
3. Pengaruh rakan sebaya.
4. Meningkatkan keseronokan seksual.
5. Digunakan dalam rawatan perubatan.
6. Pengambilan yang secara tidak disengajakan.
7. Untuk mengatasi tekanan perasaan yang di alami oleh seseorang.